MANAFAAT

MANAFAAT

Fahami Produk Takaful Sebelum Membeli Polisi Anda.


Adakah anda memahami apa sebenarnya Insuran Takaful dan apakah produk-produk dan liputan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan diri anda dan keluarga didalamnya?

Ramai orang dihampiri oleh ejen-ejen insuran dari pelbagai syarikat Takaful di Malaysia yang akan mempromosi produk insuran mereka. Mereka akan mengatakan begitu dan begini, ini yang terbaik dan itu yang terbaik. Malah mungkin ada yang akan memberikan gambaran menakutkan dimasa hadapan bila anda tiada insuran.


KEBENARAN


Kebanyakkan yang diceritakan oleh mereka adalah benar, tetapi ada juga ejen-ejen ini hanya ingin menjual untuk mengejar ganjaran komisyen. Jadi apa yang berlaku dalam kebanyakkan kes adalah, anda tidak memahami apa sebenarnya yang dijual dan apa sebenarnya yang anda langgani. 

Akhirnya pada suatu masa, akan berlaku masalah kerana apa yang anda fikirkan sebenarnya tiada dalam polisi anda atau mungkin juga tempoh anda masih tidak cukup syarat. Ketika itu anda merasa tertipu dengan produk dan syarikat yang anda langgan. Cerita itu akhirnya dicanang kepada orang ramai dan kemudiannya viral disana-sini.


MEMAHAMI PRODUK YANG DITAWARKAN


Setiap produk dan manfaat yang ditawarkan operator insuran Takaful adalah tertakluk kepada garis peraturan dan panduan dari Bank Negara Malaysia. Cuma apa yang membezakan adalah jumlah, had kegunaan dan peraturan dalam syarikat.

Contohnya untuk kad medikal, syarat bank negara adalah tertakluk kepada sekurang-kurangnya 120 hari tempoh bertenang untuk penyakit kritikal sebelum ianya matang untuk digunakan. Oleh itu, peraturan ini wajib diguna pakai oleh keseluruh operator Takaful. 

Tetapi berkaitan berapa jumlah had tahunan, had seumur hidup, liputan-liputan tertentu adalah berdasarkan dengan terma syarat dalaman operator Takaful berkenaan. Setiap syarikat menawarkan produk-produk yang hampir sama, TETAPI berbeza dari segi syarat, terma dan harga.

Oleh itu, apabila anda didekati oleh ejen-ejen insuran, tanyalah seberapa banyak soalan mengenai had,liputan, syarat dan sebagainya. Kemudian carilah syarikat Takaful yang lain untuk mendapatkan cadangan yang hampir sama. Bandingkan kesemua ini untuk mendapatkan yang terbaik. Ketika itu, anda akan memahami produk Takaful syarikat mana yang lebih baik, rekod syarikat manakah yang lebih baik dan adakah ejen yang anda berurusan itu jujur atau tidak.


APA YANG PERLU ANDA TAHU KETIKA MENDAPAT CADANGAN



Selalunya, kebanyakkan syarikat Takaful Keluarga seperti PRUDENTIAL BSN TAKAFUL akan menawarkan sekurang-kurangnya liputan 2 dalam 1 dalam produk mereka.

1. Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal + Pulangan Simpanan Perlaburan.

Iaitu manfaat bernilai minimum RM25,000. Manfaat ini akan dibayar jika sesuatu berlaku kepada diri anda yang disahkan oleh doktor bahawa anda hilang upaya kekal. Jika berlaku kematian, pemberian ini akan diwariskan kepada penama berdasarkan nama yang anda letakkan didalam polisi insuran anda.

Setiap tahun juga, sebahagian pembelian anda akan dipecahkan kepada simpanan perlaburan. Pulangan juga akan diberikan berdasarkan keuntungan syarikat. Anda boleh mengeluarkan bila-bila masa sahaja selagi terdapat amaun didalamnya dengan syarat baki RM 1,000 ditinggalkan sebagai deposit didalam akaun ini.

Seorang ejen yang jujur akan bercerita kepentingan manfaat ini sekiranya anda adalah seorang suami atau bapa. Ini kerana pampasan manfaat ini akan menjadi ganti pendapatan atau modal untuk memulakan hidup baru anda atau ahli keluarga anda.

2. Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal + Kad Perubatan + Pulangan Simpanan Perlaburan.

Pakej ini adalah antara paling popular dalam pasaran. Setiap ejen dari mana-mana syarikat takaful akan rekomen kepada anda dan ahli keluarga dengan pakej ini.

Apa kelebihannya? Selain dari Manfaat kematian dan pulangan simpanan perlaburan seperti diatas, pemegang polisi juga berhak untuk mendapatkan perlindungan perubatan sekiranya dimasukkan kedalam WAD hospital untuk rawatan. Jumlah tanggungan perbelanjaan rawatan adalah berdasarkan jumlah pakej langganan yang anda beli.

Kelebihan kad perubatan ini, anda boleh mendapatkan rawatan dimana-mana hospital swasta ternama di Malaysia untuk rawatan segera. Ini kerana, ada setengah penyakit kritikal hanya hospital swasta yang boleh memberi anda pembedahan atau rawatan segera tanpa tempoh giliran menunggu yang lama berbanding hospital kerajaan.

Setiap orang yang jatuh sakit, mereka sangat mendambakan kesegeraan didalam rawatan yang mereka terima. 



KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebelum anda membeli dan melanggan produk takaful. Fahami pakej yang ditawarkan. Tanya apa sahaja soalan kepada ejen yang mendekati anda sehingga anda faham. Bandingkan pro dan kontra setiap pakej yang ditawarkan.

Paling penting, beli pada jumlah premium yang anda mampu. Takaful bukan untuk dilanggan sebulan, tetapi untuk jangka waktu panjang. Iaitu selagi anda masih hidup dan sihat.

Setiap manusia mempunyai risiko. Tetapi bila, bagaimana dan dimana adalah rahsia Yang Maha Esa. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang menyediakan persediaan untuk menghadapi RISIKO yang tidak pasti.

Bersediakah Anda Untuk Pencen?


Sebelum membaca rencana saya ini, LIHAT DULU VIDEO SAYA DIATAS.  

Anda sudah melihatnya? Adakah anda bersetuju didalam usia persaraan, kebanyakkan daripada perbelanjaan waktu ini adalah untuk kos rawatan perubatan?

Dalam sebuah kajian, menunjukkan bahawa hampir 70% persara kini menghabiskan simpanan mereka  sebagai kos mendapatkan rawatan perubatan untuk kekal sihat. Kajian serupa juga menunjukkan simpanan ini boleh habis dalam masa 3 tahun sahaja bagi tujuan ini.

Sanggupkah anda menggunakan segala simpanan anda didalam KWSP dan Tabung Haji semata-mata untuk membayar kos rawatan perubatan? Sewaktu ini, status anda yang sudah tidak bekerja dan kenaikkan kos sara hidup yang makin meningkat dari tahun ke tahun dengan kadar inflasi 4% setahun, pasti membebankan dan memeningkan kepala.

Sebab itu, anda digalakkan untuk memiliki insuran TAKAFUL ketika dalam usia yang masih muda. Selain kadar premium yang rendah jika dimiliki pada usia ini, kadar penyimpanan dan dividen setiap tahun akan memberikan pulangan yang tinggi ketika sudah sampai kepada usia persaraan anda. Jika ditangguhkan, risiko untuk anda mendapat penyakit kritikal yang menyebabkan permohonan anda ditolak sangat tinggi atau melanggan pada usia yang lanjut, kadar premium insuran akan menjadi tinggi.

Melalui PruBSN TakafulLink, kami menawarkan satu pelan yang komprehensif serta membantu menguruskan gaya hidup dan risiko anda yang dijangkakan berubah-ubah mengikut keadaan dan usia anda.

APAKAH KELEBIHAN MEMILIKI PERLINDUNGAN DENGAN PRUBSN TAKAFULLINK?

KAD PERUBATAN

Sewaktu anda masih bekerja, kos rawatan perubatan ditanggung hampir sepenuhnya oleh majikan tempat anda bekerja. Jadi kebanyakkan antara kita tidak mengambil berat atau berfikir tentang kemudahan sama jika kita sudah tidak lagi bekerja dengan mereka.

Pernahkah anda berfikir, adakah anda akan selamanya akan bekerja dengan majikan anda sekarang? Atau adakah majikan akan selamanya akan menawarkan kemudahan perubatan dengan nilai yang sama dalam tempoh 10 tahun ini? Mungkin dalam tempoh 10 tahun ini VSS akan dilakukan? Mungkin dalam tempoh 10 tahun ini kegawatan akan menyebabkan kemudahan dikurangkan? Mungkin dalam tempoh 10 tahun ini anda mendapat penyakit kritikal dan khidmat anda tidak lagi diperlukan oleh majikan.

Kad perubatan ini akan membantu anda untuk menanggung perbelanjaan perubatan sekiranya dimasukkan wad hospital. Sekiranya anda terpaksa menanggung sebahagian atau sepenuhnya jumlah bil hospital, pihak TAKAFUL akan membayar jumlah itu sehingga limit tahunan anda. Ini akan mengelakkan anda untuk mengeluarkan simpanan anda dari akaun bank, ASB atau akaun 2 KWSP atau menggunakan kad kredit. Pengeluaran wang simpanan atau berhutang boleh menyebabkan pengurangan jumlah tunai anda untuk simpanan hari tua.

Kad perubatan ini juga akan terus boleh digunakan sehingga berumur 70 tahun atau dengan pilihan sehingga 80 tahun dengan bayaran rendah setiap bulan. Ini adalah lebih baik dan berbaloi membayar RM200 atau RM300 sebulan dari mengeluarkan sekaligus RM40,000 hingga RM100,000 untuk bil perubatan.

SIMPANAN PERLABURAN

Setiap pembelian TAKAFULLINK, sebahagian premium anda akan disalurkan kedalam akaun perlaburan. Sekiranya anda mula melanggan sejak usia muda, jumlah selepas 30 tahun adalah sangat memberangsangkan. Ini kerana mengikut data dari tahun 2011 hingga 2014, purata dividen yang diberi adalah sebanyak 13% setahun. Jumlah simpanan perlaburan ini juga dapat mengurangkan caj TABARRU' yang dikenakan kepada setiap peserta TAKAFUL.

Simpanan Perlaburan ini boleh menjadi sebagai simpanan tambahan anda kepada simpanan sedia ada seperti KSWP, TABUNG HAJI dan BANK. Ianya juga boleh menjadi simpanan utama anda dengan menambah secara tetap serendah RM10 setiap bulan melalui pilihan TAKAFUL SAVER. Semakin banyak sumbangan anda setiap bulan, makin banyak simpanan anda ketika mencapai umur persaraan.

JAMINAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Ketika memegang polisi TAKAFUL, sekiranya berlaku musibah penyakit kritikal mengikut syarat-syarat yang terkandung didalam polisi Insuran Takaful, maka pihak syarikat akan menganggung sepenuhnya baki premium insuran tersebut sehingga umur anda mencapai 80 tahun bagi perlindungan nyawa dan 70 tahun bagi perlindungan perubatan.

Anda tidak lagi perlu membayar apa-apa lagi kepada pihak syarikat dengan segala perlindungan dan simpanan perlaburan akan tetap berjalan seperti biasa.


Jawatankuasa Shariah

| JAWATANKUASA SHARIAH |

PruBSN pada masa kini adalah di bawah pengawasan dan pimpinan daripada 5 sarjana Shariah yang berkaliber dan berpengalaman di bidang pengetahuan dan amalan Islam. Mereka terdiri daripada:


YBhg Datuk Haji Nakhaie Haji Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Shariah

Datuk Haji Mohd Nakhaie pada masa kini merupakan Pengerusi Pertubuhan Dakwah Islam di Malaysia. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Teologi dan Falsafah. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai kelulusan ijazah Master di dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam dari Universiti Kaherah. 

Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun di dalam gerakan pemuda dan pelajar, pengalaman 20 tahun di dalam bidang politik, berkecimpung di dalam bidang Informasi Politik.

Datuk Nakhkie juga terlibat di dalam banyak aktiviti seminar intelektual dan politik, persidangan dan perbincangan di dalam negara serta di luar negeri sejak tahun 1965 sebagai pemimpin pelajar, pemimpin politik dan aktivis sosial.

Datuk Nakhaie juga menulis banyak artikel di dalam pelbagai aspek pendedahan pengetahuan Islam di  dalam majalah-majalah serta suratkhabar terutama sekali topik etika Islam, sejarah dan tamadun Islam, tradisi Islam di dalam da’wah, ibadah dan sebagainya.


Dr. Mohd Fuad Md. Sawari
 
Dr. Mohd Fuad adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) sejak tahun 1996. Beliau kini juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada Bank Simpanan Nasional. 

Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana muda pertama daripada Akademi Islam, Fakulti Syariah Universiti Malaya pada tahun 1991, selanjutnya Dr. Fuad mendapat ijazah sarjana muda kedua daripada Universiti Amman, Jordan pada tahun 1995. 

Pada tahun 2004, Dr. Fuad mendapat kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di dalam bidang  Asas Hukum Islam (usul Fiqh) dan Kaedah-kaedah Fiqh. Beliau telah menulis disertasi (tesis) mengenai Perdagangan Elektronik,
Perbandingan di antara Hukum Islam dan Undang-undang Malaysia. 

Dr. Fuad juga menghasilkan beberapa karya buku di dalam bidang falsafah dan undang-undang Islam seperti pengenalan kepada pengajian Fiqh dan sebagainya. 



Professor Dr. Saiful Azhar Rosly 

Profesor Dr. Saiful Azhar Rosly memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi serta Ijazah Sarjana dan Ph.D juga dalam bidang yang sama. Beliau telah menceburi pengkhususan dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam.<br>&nbsp;<br>Beliau yang mempunyai kira-kira 20 tahun pengalaman mengajar kini juga berperanan sebagai Profesor Menyelia Program Sarjana dan PhD Ekonomi Kewangan dan Perbankan Islam di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam ("INCEIF").

Profesor Dr. Saiful telah menerbitkan banyak buku-buku ilmiah dan jurnal profesional dalam Kewangan Islam. Antara lain, bukunya yang menyentuh isu-isu kritikal mengenai Perbankan Islam dan Pasaran Kewangan telah diedarkan di peringkat antarabangsa dan sedang dijadikan rujukan dalam banyak institusi pengajian tinggi Kewangan Islam.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas mengenai isu-isu Syariah selain menjalankan pelbagai kajian mengenai Kewangan Islam.



Encik Wan Rumaizi Wan Husin
 
Encik Wan Rumaizi adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Fiqh dan Usul al-Fiqhdari Al-Bayt, Universiti Jordan dengan kelulusan Jayyid Jiddan (Cemerlang), Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan sedang mendapatkan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di IIUM. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman mengajar dan membuat penyelidikan di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Beliau adalah seorang pensyarah di IIUM sejak tahun 2004 dan ahli Jawatan kuasa Syariah untuk Bank Kerjasama Rakyat sejak 2011. Beliau terlibat dalam pelbagai usaha penyelidikan Syariah dan telah membentangkan banyak kertas kerja dalam persidangan Kewangan Islam,
antaranya ialah penyelidikan mengenai Seksyen 179-191 Akta Kontrak 1950, sesi Pakar Undang-undang Kontrak, Persidangan Antarabangsa ke-4 Pengharmonian Undang-undang dan Syariah, JabatanPeguam Negara, Putrajaya dan kertas kerja mengenai Jaminan Modal dalam Mudharabah di Bengkel ISRA', Lanai Kijang.



Dr. Ahmad Zaki Salleh

Dr. Ahmad Zaki Salleh adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Al Bayt, Jordan, Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) juga dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau memulakan kerjaya di IIUM pada tahun 2001 sebelum menyertai Universiti Sains Islam Malaysia, USIM sebagai pensyarah sepenuh masa pada tahun 2005. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Program di Fakulti Syariah dan Perundangan, USIM. Beliau telah menyelia sejumlah calon-calon Sarjana dan Ph.D dalam bidang Perundingan Syariah,Kewangan Islam dan Muamalat. Beliau juga telah menerbitkan banyak penulisan artikel berkenaan perundangan kontrak Islam dan aktif dalam pelbagai projek penyelidikan di institusi beliau. Beliau juga dilantik sebagai Perunding Syariah di Syarikat Perundingan Kewangan Islam &amp;Insurans Antarabangsa(IIFN) sejak tahun 2010, Ahli Jawatankuasa Syariah di Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak tahun 2011 serta ahli Lembaga Penasihat Syariah di Australian Centre For Islamic Financial Studies (ACIFS) Brisbane, Australia sejak tahun 2012.