MANAFAAT

MANAFAAT

Fahami Produk Takaful Sebelum Membeli Polisi Anda.


Adakah anda memahami apa sebenarnya Insuran Takaful dan apakah produk-produk dan liputan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan diri anda dan keluarga didalamnya?

Ramai orang dihampiri oleh ejen-ejen insuran dari pelbagai syarikat Takaful di Malaysia yang akan mempromosi produk insuran mereka. Mereka akan mengatakan begitu dan begini, ini yang terbaik dan itu yang terbaik. Malah mungkin ada yang akan memberikan gambaran menakutkan dimasa hadapan bila anda tiada insuran.


KEBENARAN


Kebanyakkan yang diceritakan oleh mereka adalah benar, tetapi ada juga ejen-ejen ini hanya ingin menjual untuk mengejar ganjaran komisyen. Jadi apa yang berlaku dalam kebanyakkan kes adalah, anda tidak memahami apa sebenarnya yang dijual dan apa sebenarnya yang anda langgani. 

Akhirnya pada suatu masa, akan berlaku masalah kerana apa yang anda fikirkan sebenarnya tiada dalam polisi anda atau mungkin juga tempoh anda masih tidak cukup syarat. Ketika itu anda merasa tertipu dengan produk dan syarikat yang anda langgan. Cerita itu akhirnya dicanang kepada orang ramai dan kemudiannya viral disana-sini.


MEMAHAMI PRODUK YANG DITAWARKAN


Setiap produk dan manfaat yang ditawarkan operator insuran Takaful adalah tertakluk kepada garis peraturan dan panduan dari Bank Negara Malaysia. Cuma apa yang membezakan adalah jumlah, had kegunaan dan peraturan dalam syarikat.

Contohnya untuk kad medikal, syarat bank negara adalah tertakluk kepada sekurang-kurangnya 120 hari tempoh bertenang untuk penyakit kritikal sebelum ianya matang untuk digunakan. Oleh itu, peraturan ini wajib diguna pakai oleh keseluruh operator Takaful. 

Tetapi berkaitan berapa jumlah had tahunan, had seumur hidup, liputan-liputan tertentu adalah berdasarkan dengan terma syarat dalaman operator Takaful berkenaan. Setiap syarikat menawarkan produk-produk yang hampir sama, TETAPI berbeza dari segi syarat, terma dan harga.

Oleh itu, apabila anda didekati oleh ejen-ejen insuran, tanyalah seberapa banyak soalan mengenai had,liputan, syarat dan sebagainya. Kemudian carilah syarikat Takaful yang lain untuk mendapatkan cadangan yang hampir sama. Bandingkan kesemua ini untuk mendapatkan yang terbaik. Ketika itu, anda akan memahami produk Takaful syarikat mana yang lebih baik, rekod syarikat manakah yang lebih baik dan adakah ejen yang anda berurusan itu jujur atau tidak.


APA YANG PERLU ANDA TAHU KETIKA MENDAPAT CADANGAN



Selalunya, kebanyakkan syarikat Takaful Keluarga seperti PRUDENTIAL BSN TAKAFUL akan menawarkan sekurang-kurangnya liputan 2 dalam 1 dalam produk mereka.

1. Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal + Pulangan Simpanan Perlaburan.

Iaitu manfaat bernilai minimum RM25,000. Manfaat ini akan dibayar jika sesuatu berlaku kepada diri anda yang disahkan oleh doktor bahawa anda hilang upaya kekal. Jika berlaku kematian, pemberian ini akan diwariskan kepada penama berdasarkan nama yang anda letakkan didalam polisi insuran anda.

Setiap tahun juga, sebahagian pembelian anda akan dipecahkan kepada simpanan perlaburan. Pulangan juga akan diberikan berdasarkan keuntungan syarikat. Anda boleh mengeluarkan bila-bila masa sahaja selagi terdapat amaun didalamnya dengan syarat baki RM 1,000 ditinggalkan sebagai deposit didalam akaun ini.

Seorang ejen yang jujur akan bercerita kepentingan manfaat ini sekiranya anda adalah seorang suami atau bapa. Ini kerana pampasan manfaat ini akan menjadi ganti pendapatan atau modal untuk memulakan hidup baru anda atau ahli keluarga anda.

2. Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal + Kad Perubatan + Pulangan Simpanan Perlaburan.

Pakej ini adalah antara paling popular dalam pasaran. Setiap ejen dari mana-mana syarikat takaful akan rekomen kepada anda dan ahli keluarga dengan pakej ini.

Apa kelebihannya? Selain dari Manfaat kematian dan pulangan simpanan perlaburan seperti diatas, pemegang polisi juga berhak untuk mendapatkan perlindungan perubatan sekiranya dimasukkan kedalam WAD hospital untuk rawatan. Jumlah tanggungan perbelanjaan rawatan adalah berdasarkan jumlah pakej langganan yang anda beli.

Kelebihan kad perubatan ini, anda boleh mendapatkan rawatan dimana-mana hospital swasta ternama di Malaysia untuk rawatan segera. Ini kerana, ada setengah penyakit kritikal hanya hospital swasta yang boleh memberi anda pembedahan atau rawatan segera tanpa tempoh giliran menunggu yang lama berbanding hospital kerajaan.

Setiap orang yang jatuh sakit, mereka sangat mendambakan kesegeraan didalam rawatan yang mereka terima. 



KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebelum anda membeli dan melanggan produk takaful. Fahami pakej yang ditawarkan. Tanya apa sahaja soalan kepada ejen yang mendekati anda sehingga anda faham. Bandingkan pro dan kontra setiap pakej yang ditawarkan.

Paling penting, beli pada jumlah premium yang anda mampu. Takaful bukan untuk dilanggan sebulan, tetapi untuk jangka waktu panjang. Iaitu selagi anda masih hidup dan sihat.

Setiap manusia mempunyai risiko. Tetapi bila, bagaimana dan dimana adalah rahsia Yang Maha Esa. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang menyediakan persediaan untuk menghadapi RISIKO yang tidak pasti.