MANAFAAT

MANAFAAT

Jawatankuasa Shariah

| JAWATANKUASA SHARIAH |

PruBSN pada masa kini adalah di bawah pengawasan dan pimpinan daripada 5 sarjana Shariah yang berkaliber dan berpengalaman di bidang pengetahuan dan amalan Islam. Mereka terdiri daripada:


YBhg Datuk Haji Nakhaie Haji Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Shariah

Datuk Haji Mohd Nakhaie pada masa kini merupakan Pengerusi Pertubuhan Dakwah Islam di Malaysia. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Teologi dan Falsafah. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai kelulusan ijazah Master di dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam dari Universiti Kaherah. 

Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun di dalam gerakan pemuda dan pelajar, pengalaman 20 tahun di dalam bidang politik, berkecimpung di dalam bidang Informasi Politik.

Datuk Nakhkie juga terlibat di dalam banyak aktiviti seminar intelektual dan politik, persidangan dan perbincangan di dalam negara serta di luar negeri sejak tahun 1965 sebagai pemimpin pelajar, pemimpin politik dan aktivis sosial.

Datuk Nakhaie juga menulis banyak artikel di dalam pelbagai aspek pendedahan pengetahuan Islam di  dalam majalah-majalah serta suratkhabar terutama sekali topik etika Islam, sejarah dan tamadun Islam, tradisi Islam di dalam da’wah, ibadah dan sebagainya.


Dr. Mohd Fuad Md. Sawari
 
Dr. Mohd Fuad adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) sejak tahun 1996. Beliau kini juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada Bank Simpanan Nasional. 

Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana muda pertama daripada Akademi Islam, Fakulti Syariah Universiti Malaya pada tahun 1991, selanjutnya Dr. Fuad mendapat ijazah sarjana muda kedua daripada Universiti Amman, Jordan pada tahun 1995. 

Pada tahun 2004, Dr. Fuad mendapat kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di dalam bidang  Asas Hukum Islam (usul Fiqh) dan Kaedah-kaedah Fiqh. Beliau telah menulis disertasi (tesis) mengenai Perdagangan Elektronik,
Perbandingan di antara Hukum Islam dan Undang-undang Malaysia. 

Dr. Fuad juga menghasilkan beberapa karya buku di dalam bidang falsafah dan undang-undang Islam seperti pengenalan kepada pengajian Fiqh dan sebagainya. 



Professor Dr. Saiful Azhar Rosly 

Profesor Dr. Saiful Azhar Rosly memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi serta Ijazah Sarjana dan Ph.D juga dalam bidang yang sama. Beliau telah menceburi pengkhususan dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam.<br>&nbsp;<br>Beliau yang mempunyai kira-kira 20 tahun pengalaman mengajar kini juga berperanan sebagai Profesor Menyelia Program Sarjana dan PhD Ekonomi Kewangan dan Perbankan Islam di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam ("INCEIF").

Profesor Dr. Saiful telah menerbitkan banyak buku-buku ilmiah dan jurnal profesional dalam Kewangan Islam. Antara lain, bukunya yang menyentuh isu-isu kritikal mengenai Perbankan Islam dan Pasaran Kewangan telah diedarkan di peringkat antarabangsa dan sedang dijadikan rujukan dalam banyak institusi pengajian tinggi Kewangan Islam.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas mengenai isu-isu Syariah selain menjalankan pelbagai kajian mengenai Kewangan Islam.



Encik Wan Rumaizi Wan Husin
 
Encik Wan Rumaizi adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Fiqh dan Usul al-Fiqhdari Al-Bayt, Universiti Jordan dengan kelulusan Jayyid Jiddan (Cemerlang), Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan sedang mendapatkan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di IIUM. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman mengajar dan membuat penyelidikan di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Beliau adalah seorang pensyarah di IIUM sejak tahun 2004 dan ahli Jawatan kuasa Syariah untuk Bank Kerjasama Rakyat sejak 2011. Beliau terlibat dalam pelbagai usaha penyelidikan Syariah dan telah membentangkan banyak kertas kerja dalam persidangan Kewangan Islam,
antaranya ialah penyelidikan mengenai Seksyen 179-191 Akta Kontrak 1950, sesi Pakar Undang-undang Kontrak, Persidangan Antarabangsa ke-4 Pengharmonian Undang-undang dan Syariah, JabatanPeguam Negara, Putrajaya dan kertas kerja mengenai Jaminan Modal dalam Mudharabah di Bengkel ISRA', Lanai Kijang.



Dr. Ahmad Zaki Salleh

Dr. Ahmad Zaki Salleh adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Al Bayt, Jordan, Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) juga dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau memulakan kerjaya di IIUM pada tahun 2001 sebelum menyertai Universiti Sains Islam Malaysia, USIM sebagai pensyarah sepenuh masa pada tahun 2005. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Program di Fakulti Syariah dan Perundangan, USIM. Beliau telah menyelia sejumlah calon-calon Sarjana dan Ph.D dalam bidang Perundingan Syariah,Kewangan Islam dan Muamalat. Beliau juga telah menerbitkan banyak penulisan artikel berkenaan perundangan kontrak Islam dan aktif dalam pelbagai projek penyelidikan di institusi beliau. Beliau juga dilantik sebagai Perunding Syariah di Syarikat Perundingan Kewangan Islam &amp;Insurans Antarabangsa(IIFN) sejak tahun 2010, Ahli Jawatankuasa Syariah di Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak tahun 2011 serta ahli Lembaga Penasihat Syariah di Australian Centre For Islamic Financial Studies (ACIFS) Brisbane, Australia sejak tahun 2012.