MANAFAAT

MANAFAAT

Ini Kisah Aku. Kenapa Perlu Beli Takaful.

Dulu, aku seorang Perunding IT yang pernah bekerja dengan beberapa syarikat IT berpengkalan di Amerika Syarikat. Maklumlah kerja dengan multinational company ni, semua benefit memang superb. Bermacam jenis imbuhan ada, kalau sakit je pergi private hospital - masuk kelas 1. Jadi semua kesenangan yang company aku provide ni buat aku rasa tak perlulah aku perlu ada insuran peribadi - terutama pasal medical card ni - walaupun beberapa orang kawan yang menjadi ajen insuran takaful telah mendekati dan menawarkan polisi ini.

Ku sangka panas sampai ke petang, ader ribut rupanya ditengahari. Seperti orang lain, aku sibuk cari rezeki untuk keluarga. Berfikiran pasti takde apa-apa akan berlaku sampai la aku pencen atau tua nanti. Allah maha mengetahui dengan rancangan-Nya. Pada usia 33 tahun, tanpa sebarang tanda atau amaran, aku telah jatuh sakit dan di diagnosis menghidapi kegagalan buah pinggang tahap 4. ESRF - End Stage Renal Failure.

Selepas setahun kemudian, syarikat aku bekerja telah memberenti kebanyakkan pekerja mereka seluruh dunia. Aku turut diberhentikan atas alasan kesihatan. Puas aku mencari kerja, tapi takde sapa atau syarikat yang hendak mengambil orang sakit seperti aku ni. Setelah setahun tanpa kerja, aku terpaksa memohon pencen ilat dari PERKESO. Hidup lah aku sebagai seorang pensioner.

Apa yang aku dapat kalau dulu aku beli insuran takaful ni. 

Pertama - disebabkan diagnos penyakit ini, secara automatik insuran aku akan jadi percuma. Syarikat akan menganggung insuran aku ini termasuk simpanan perlaburan dan kad perubatan.

Kedua - Ganti rugi kepada penyakit kronik. Satu jumlah besar berdasarkan kepada jumlah yang telah aku bayar premium dahulu.

Ketiga - Tanggungan perubatan percuma sehingga habis nyawa.

Keempat - Jumlah baki dari insuran nyawa dan perlaburan yang akan diwariskan kepada waris penama.

Sekarang satu apa pun aku tak dapat apa-apa. Nak masuk hospital pergi lah kelas 3 hospital kerajaan. Pandai-pandai lah aku nampak gayanya.

No comments:

Post a Comment