MANAFAAT

MANAFAAT

Anak

| ANAK|


| NGOMELAN|

Setiap pasangan yang berkahwin, korang pasti akan mengkehendaki sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarga. Sudah nature manusia, bila bujang - nak kahwin, bila dah kahwin - nak anak, bila dah tua - nak cucu. 

Tapi membesarkan anak zaman sekarang bukan lagi macam kita zaman kecik dulu. Zaman sekarang seorang anak, kos untuk mereka seorang pada berusia 7 tahun boleh mencecah minimum RM 500 kalau di Kuala Lumpur ni. Selain itu, banyak benda harus dipersiapkan untuk anak dari semenjak dorang kecik hanya untuk mereka menyambung pelajaran selepas 18 tahun.

Zaman sekarang ni ramai manusia-manusia yang bijak pandai. Nak masuk universiti awam pun berderet yang memohon. Setakat result 9A dalam SPM dah macam satu perkara yang biasa. Kalau dapat masuk universiti pun, berebut pula dengan biasiswa yang sekarang sangat jarang dibuka. Mereka yang cemerlang dalam SPM pun terpaksa membuat pinjaman PTPTN dan hanya berharap mendapat 4.0 supaya pinjaman bertukar menjadi status biasiswa.

Mak bapak jangan mengharapkan sangat dengan pinjaman PTPTN. Ramai yang mengeluh dengan bayaran yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. 20 tahun pun tak habis lagi bayar. Kita sebagai mak bapak harus menyediakan sekurang-kurang separuh dari kos pengajian, supaya anak kita nanti takde lah terbeban tanggung hutang. Kesian dorang yer, muda-muda dah tanggung hutang.

Kalau perasan, zaman moden ni budak-budak kecik cepat sakit. Macam-macam jenis penyakit. Tonsil, lelah, eczema, JE dan lain-lain lagi termasuk penyakit kronik yang susah nak jumpa pada budak-budak zaman 70an dan 80an. Iyer lah kot, mak bapak sibuk keluar mencari rezeki dari awal pagi. Baby just diberi susu formula - bukan lagi susu badan yang memang dicipta penuh dengan nutrien dan imunisasi untuk bayi. Baby bercampur di rumah penjagaan kanak-kanak. Makan-makanan untuk budak-budak sekarang pun banyak yang jenis makanan segera atau dari penuh dengan bahan awet.

Saban hari sekarang selak saja surat khabar, bukak saja facebook, login saja email - pasti ada sahaja cerita anak-anak mengalami masalah kesihatan kronik dan perlukan pembedahan segera. Ibu bapa ini semua kebanyakkan dari keluarga biasa-biasa macam kita dan juga orang susah. Kos nak mengubat tinggi, orang taraf macam kita ni apa la sangat ada harta benda. Gaji berapa je sebulan, duit simpanan pun ciput sahaja. Nak buat loan, duit loan kereta rumah dan kereta pun kadang-kadang tak terbayar. Rawatan harus segera, sayang anak punya pasal kita sanggup merayu memohon bantuan dari rakyat Malaysia yang pemurah.

Nak hantar pergi hospital gomen, paham-paham je la queue dia. Kemudian nak temankan anak dah jadi satu masalah. Nak taknak, terpaksa cari hospital swasta sebab rawatan harus segera. Tapi paham-paham je la kos hospital swasta ini. Kalau suatu kes yang perlukan rawatan segera dan tinggi - soalan pertama mereka akan tanya adalahstatus kewangan kita atau adakah kita mempunyai insuran untuk menanggung kos rawatan?


| PENYELESAIAN|

Kami di Prudentian BSN Takaful menawarkan kepada ibubapa satu pakej yang melindungi anak korang semua ini. Pakej ini menawarkan perlindungan 3 dalam 1 - Insuran Nyawa, Kad Rawatan Perubatan dan Simpanan Perlaburan.

Berapa sebulan? Hanya RM 100 sebulan. Iya! Bermula dari hanya RM 100 sebulan (akan ditentukan berdasarkan umur, pekerjaan dan gaya hidup pembayar). Apa yang mungkin anak korang dapat dari perlindungan RM 100 sebulan ini ialah

- Sumbangan RM 10k kepada waris.
- Rawatan perubatan HEALTH ENRICH bernilai RM 60k setahun atau RM 600k seumur hidup.
- ** Simpanan Pelaburan lebih atau kurang 20k selepas 20 tahun (berdasarkan pelaburan)
- Anugerah kecemerlangan akademi.

Health Enrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pelan ini mempunyai empat pelan – HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu panel hospital kami. Pilihan perlindungan dari RM 600k sehingga RM 4 juta seumur hidup dengan pelbagai jenis pilihan untuk rawatan tambahan.
 
 

No comments:

Post a Comment