MANAFAAT

MANAFAAT

Perempuan dan Kanser

| PEREMPUAN DAN KANSER |

| NGOMELAN|

Apa persediaan adik-adik dan kakak-kakak kalau ditakdirkan Allah diuji dengan penyakit kanser?

Penyakit bernama kanser ni tak pilih bulu. Hari ini kita sihat dan gelak tawa, bulan depan tup-tup tengok dah dapat kanser stage 3. Hari ni ketumbuhan tu 5cm, lepas 14 hari dah jadi 10cm. Bayangkan kalau adik atau akak delay benda ni 2 - 3 bulan macam mana?

Adik dan akak bukan bini Perdana Menteri. Kalau bini Perdana Menteri semua benda free, priority diutamakan, layanan didahulukan. Kalau tak dapat dalam negara, luar negeri pun ok. Artis? Rasanya pun adik dan akak pun bukan artis. Kalau artis sekarang mungkin duit berlakon atau menyanyi banyak. Kalau artis dah takde sen pun, boleh panggil melodi, masuk rancangan bersamamu, boleh panggil utusan, berita harian atau sinar. Guna populariti untuk meminta derma untuk kos rawatan.

Saya bukan la nak hentam hospital gomen ni. Kepakaran doktor gomen dan swasta sangat setanding. Even facilities untuk rawatan pun setanding. Cuma, kes kritikal macam jantung dan kanser ni kena cepat dan jangan tangguh - even doktor gomen sendiri cakap. Hospital kerajaan pun adik akak sedia maklum. Pergi sana wad kelas 1 dan 2 sentiasa penuh. Wad kelas 3 dah macam pasar ikan. Nak buat bedah pun kena queue. Tak tahu lah bila giliran adik akak.

Berapa lah agaknyer pulak gaji adik akak +  husband setahun? Ader lebih RM 200k? Saya percaya ramai daripada kita adalah dari kalangan rakyat biasa. Ibarat, kais pagi makan esok, kais petang makan lusa. Semua kos permula dah mencecah RM 100k selalu nyer. Satu rawatan kimo je dah lebih RM 20k sekali buat. Tak termasuk rawatan lain lagi. Silap-silap rawatan susulan je dah makan RM 150k. Mana nak cekau duit adik akak?

Simpanan? Berapa lah sangat simpanan kita? Katakan lah sebulan simpan RM 250 pun, 10 tahun tak cukup lagi RM 100k. Credit Card? Berapa la sangat limit adik akak. Buat loan? Cukup la. Loan rumah dan kereta pun rasa macam tak terbayar. Hah!!??? Jual rumah? 

Kita orang melayu ni berkira dan kedekut. Memang benda tak jadi depan mata atau diri sendiri, malas nak ambik pusing. Bayar Astro RM 250 sebulan - ok! Bayar loan kereta Honda RM 1200 sebulan - ok! Belum masuk gadjet lagi tu. Gelang dan rantai emas? Apa ker heeii yong, boleh bayar bulan yer dok? Biar pape... asalkan bergaye... 

Orang gomen lagi esksyen nombor #1. Dorang cakap semua rawatan penyakit ditanggung. Hebat! Mungkin sebab itu selak je surat khabar, ada saja cerita pasal orang gomen buat rayuan derma nak buat rawatan. Tapi dorang ni selalu tak check habis. Contoh macam gred bawah 41 ni kebanyakkannya ader kena beli atau bayar sendiri sebahagian. Dorang kata takpa, boleh merayu JPA. Betul, JPA akan lulus! Tapi dorang tak tau, lepas pencen nanti tengok duit saguhati tinggal sikit.

Orang kerja swasta company besar-besar ni lagi la berlagak. Company bagi tanggungan insuran perubatan. Tapi kebanyakkan nyer tak check limit tahunan. Kenapa pulak jenis 1 family kongsi limit tahunan. Staff hospital Ampang Puteri pun limit satu kes RM 10k jer. Apa jadi kalau limit tahunan dah habis? Dorang lupa yong, tanggungan ini hanya selagi mereka berkhidmat dalam syarikat itu sahaja. Kalau dah sakit kritikal ni, confirm kena fired. Kalau pencen swasta ni, kebanyakkannya sampai 55 tahun jer. Time tu tanggungan medical ada lagi ke?


| PENYELESAIAN|

Kami di Prudentian BSN Takaful menawarkan kepada adik-adik kakak-kakak satu pakej yang melindungi diri adik kakak dari semua ini. Pakej ini menawarkan perlindungan 3 dalam 1 - Insuran Nyawa, Kad Rawatan Perubatan dan Simpanan Perlaburan.

Berapa sebulan? Hanya RM 100 sebulan. Iya! Bermula dari hanya RM 100 sebulan (akan ditentukan berdasarkan umur, pekerjaan dan gaya hidup). Apa yang mungkin adik kakak dapat dari perlindungan RM 100 sebulan ini ialah

- Sumbangan RM 10k kepada waris.
- Rawatan perubatan HEALTH ENRICH bernilai RM 60k setahun atau RM 600k seumur hidup.
- ** Simpanan Pelaburan lebih atau kurang 20k selepas 20 tahun (berdasarkan pelaburan)

Health Enrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pelan ini mempunyai empat pelan – HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu panel hospital kami. Pilihan perlindungan dari RM 600k sehingga RM 4 juta seumur hidup dengan pelbagai jenis pilihan untuk rawatan tambahan.


| INFO DAN SYNOPSIS MENGENAI KANSER WANITA|
 
KANSER PAYUDARA PEMBUNUH NO.1
 
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebabkan ke dua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita. Dalam setahun dianggar 2,700-3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payu dara!!!

Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT) Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT). Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK).
Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing. Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun. Sebagai perbandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.

Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang



 


No comments:

Post a Comment